Ulasan | Sony DSX-A100U FM USB Car Player

Bagi yang masih menggunakan radio dan media player jenis lama dalam kereta anda, eloklah kiranya tukar satu yang baru. Tambahan pula jika player anda hanya boleh memainkan kaset, cd atau radio sahaja.

Apa kata ubah selera memainkan muzik dalam kereta anda menggunakan USB thumb drive dan wayar AUX. Pasti lebih mudah dan cepat.

Untuk pilihan yang terbaik bolehlah pilih Sony DSX-A100U FM USB Car Digital Media Player ini.

Ulasan Sony DSX-A100U FM USB Car Player


APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

Berikut adalah kandungan barang dalam kotak tersebut:
Ulasan Sony DSX-A100U FM USB Car Player
  • Sony FM/AM USB player
  • Alat kawalan jauh
  • Kabel penyambung
  • Skru tepi
  • Skru keselamatan panel hadapan (Jika untuk pameran)
  • Bekas untuk menyimpan panel hadapan
  • Manual

5 sebab kena beli Sony USB Radio Player ini

Penghasilan bunyi lebih gempak.
Dengan output bunyi yang lebih tinggi dari standard player biasa sehingga 55 Watt x 4 (speakers) sememangnya penghasilan bunyi pula menjadi lebih padat dan gempak. Memang pilihan yang berbaloi untuk dipasang dalam setiap kereta.


Dengan fungsi 3 pilihan Mega Bass
Dengan 3 pilihan mod MEGA BASS iaitu off, Mega Bass 1 dan Mega Bass 2, kualiti muzik serta bunyi bass yang dimainkan menjadi semakin gempak dan 'power' mengikut kehendak anda.

Ulasan Sony DSX-A100U FM USB Car Player
Pandangan panel hadapan yang tersusun dan sporty dengan sedikit kemasan 'carbon fibre'.


Port USB dan AUX di paparan hadapan
Dengan port USB dan AUX di paparan hadapan, capaian tangan oleh pemandu dan penumpang sebelah lebih mudah dan cepat. Hanya sambung saja peranti anda dan muzik akan terus dimainkan.


Lampu latar panel hadapan berwarna merah
Dengan lampu latar berwarna merah, pasti ruang dalam kenderaan menjadi lebih 'sporty' dan bergaya. Lihat saja gambar berikut. Terbaik!

Ulasan Sony DSX-A100U FM USB Car Player
Ruang dalam kereta kini tampak lebih sporty.


Paparan LCD yang lebih terang dan jelas
Sony mengatakan bahawa paparan LCD yang terbaru ini adalah lebih terang dan jelas walaupun disinari cahaya matahari. Ianya lebih baik berbanding LCD jenis konvensional. Pada pendapat admin, sememangnya paparan LCD tersebut terang dan jelas walaupun pada hari siang.

Bagi anda yang tidak sukakan paparan yang agak terang, boleh saja ubah kecerahan paparan tersebut melalui menu yang ada.

Selain itu, panel hadapan juga boleh dibuka sepenuhnya dengan menekan butang kecil di bahagian kiri atas player tersebut. Terdapat juga bekas dengan cop jenama SONY yang diberikan supaya mudah untuk kita membawa panel hadapan tersebut ke mana saja dan mengelakkan kecurian. Nice!

Ulasan Sony DSX-A100U FM USB Car Player



Harga yang menjimatkan
Dengan belian di laman beli-belah atas talian, anda akan mendapat lebih penjimatan berbanding harga di kedai yang mana kebanyakkan harganya melebihi RM200 untuk player yang berjenama. Di Shopee dan Lazada, harganya hanyalah sekitar RM 195.00 dengan kos penghantaran PERCUMA.

Jika kena pada masanya, harga mungkin boleh turun menjadi lebih rendah.

Banner di bawah menunjukkan harga semasa player ini. Boleh klik untuk ke laman maklumat produk tersebut.
 




Untuk pengetahuan, upah pemasangan player ini di kedai aksesori kereta hanyalah sekitar RM 20 sahaja. Jika tahu pasang sendiri, lagilah jimat.

Apa pun, admin dah tukar. Anda bila lagi?

Milikilah sekarang sebelum kehabisan stok dan upgrade audio kenderaan anda untuk kepuasan muzik yang maksimum. Terbaik!

**Tambahan, bagi yang bertanya, gambar berikut adalah rupa belakang player tersebut:

Ulasan Sony DSX-A100U FM USB Car Player





Comments