Supercar Techrules Ren

Ren adalah kereta super (supercar) pengeluaran elektrik yang pertama di dunia dikuasai oleh inovasi sistem 'turbine range extender'.



Kereta super Techrules Ren yang diperkenalkan di 2017 Geneva Motor Show ini adalah pengeluaran rekaan final untuk model siri hibrid pertamanya.

Ren adalah kenderaan pengeluaran pertama dari syarikat penyelidikan dan pembangunan automotif yang berpangkalan di China, dan mempunyai teknologi Turbine-Recharging Electric Vehicle (Trev).




Rekaan bertemakan aeroangkasa diilhamkan untuk mengoptimumkan kecekapan aerodinamik, dengan reka bentuk modular tiga kokpit menarik yang telah direka oleh pereka automotif terkenal di dunia, Fabrizio dan Giorgetto Giugiaro.

Ren mempunyai casis yang ringan, telah direka dan dibina untuk piawaian tertinggi oleh pakar sukan permotoran yang terhormat, L.M. Gianetti Turin. Juga pintu yang mempunyai gaya kanopi jet-pejuang akan naik ke atas untuk membolehkan akses pemandu dan ada juga elemen futuristik seperti lampu laser di hadapan depan dan ‘star-burst’ reversing LEDs.



Susun atur modular yang memfokuskan prestasi membolehkan kereta tersebut untuk dikonfigurasikan dengan satu, dua atau tiga kanopi polikarbonat: satu untuk kegunaan trek dengan hanya pemandu, dua untuk konfigurasi 'Le Mans' dengan penumpang tunggal, atau tiga untuk menampung pemandu dan dua penumpang.







Ia adalah kereta super pengeluaran elektrik yang pertama di dunia untuk menampilkan sistem termaju Techrules iaitu sistem Turbine-Recharging Electric Vehicle (Trev), yang sebelum ini diperkenalkan pada 2016 di Geneva Motor Show.

Teknologi siri hibrid powertrain ini mampu mencapai tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya dengan lebih kecekapan dan prestasi, serta kesan alam sekitar yang sangat rendah.

sumber: Techrules

Comments